Kem Kecemerlangan STPM di Utm , Skudai .

15-17hb julai 2011 merupakan tarikh kem kecemerlangan STPM untuk pelajar Pra U STARP . kem ini diadakan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) , Skudai . pelajar Pra U kesemuanya ditempatkan di Kolej Tuanku Canselor . Antara aktiviti yang diadakan ialah motivasi daripada kaunselor , sambutan malam nisfu syaaban dan seminar kecerlangan bagi subjek STPM . penceramah - penceramah yang berkaliber dijemput hadir ke UTM bagi memberikan tips untuk mendapatkan markah dalam kesemua kertas STPM . rata rata penceramah tersebut datangnya daripada Bandar Tenggara dan Kota Tinggi . terima kasih diucapkan kepada mereka atas budi bicara dan tips tips yang diberikan . moga pelajar Pra U dapat menggunakannya sebaik mungkin . 
berikut adalah antara gambar - gambar kenangan sepanjang berada di UTM , Skudai .























kenangan terindah di UTM tidak mungkin dilupakan . tahniah kepada pihak sekolah kerana berjaya menjalankan kem sebegini . moga moga program sebegini dapat dijalankan bagi meningkatkan kecemerlangan pelajar PraU STARP . sama sama lah kita doakan kejayaan dalam peperiksaan STPM nanti .

0 comments:

Post a Comment

Pautan

Facebook