Selamat Bercuti

Kepada semua rakan pelajar, semua guru dan semua ibu bapa diucapkan selamat bercuti serta diucapkan kepada semua warga Malaysia selamat merasai dan menghayati suasana musim cuti sekolah.

Kepada para pelajar dan ibu bapa penuhilah masa cuti dengan aktiviti yang berkualiti dan sentiasa prihatin terhadap keselamatan anak-anak. Kejadian ke...malangan sering berlaku dan meningkat di dalam musim cuti kerana pada ketika ini aktiviti para pelajar berlaku secara tidak terancang dan tanpa kawalan.

Walaupun terdapat ibu bapa menghantar anak-anak mengikuti kursus motivasi dan menghadiri kelas tambahan khas tetapi jumlahnya tidak ramai berbanding dengan mereka yang menghabiskan masa cuti secara tidak berkualiti.
Malang tidak berbau oleh itu sama-samalah kita menguruskan masa cuti anak-anak dengan baik dan berkualiti, sambil berdoa kepada Allah supaya dijauhi kemalangan dan mengekalkan keamanan dan kesejahteraan.

Sekarang terdapat banyak penganjur kursus seperti ini terpulang kepada ibu bapa hendak memilih yang mana satu yang berkenan di hati, Berilah peluang kepada ank-anak menambahkan bilangan kawan mereka secara sihat dan berkualiti, mereka boleh terus bermain di dalam program kursus yang memberi manfaat kepada mereka.

Sekiranya kita membiarkan mereka menghabiskan masa secara bersendirian di sana mungkin terdapat lebih banyak kelemahan dan kesilapan yang akhirnya akan membawa akibat buruk kepada diri mereka dan keluarga. Ibu bapa yang tidak mampu masih berpeluang memanfaatkan cuti itu dengan menganjurkan aktiviti yang lain, asalkan kita tidak membiarkan aktiviti anak-anak berjalan tanpa kawalan dan perancangan.

Rakan-rakan sekalian, pada cuti sekolah ini, elakkan diri daripada terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang kurang sihat seperti melepak dengan kawan-kawan sampai pagi, berlumba haram, merokok dan sebagainya. Mungkin ruang waktu ini juga, pelajar-pelajar boleh membantu ibu bapa sama ada di rumah atau di tempat kerja.

Pada pelajar 6 Atas, mungkin ada kelas tambahan ye, jika ada nanti jadualnya akan disisipkan di blog tingkatan enam http://starpf6.blogspot.com/ ..pada pelajar enam rendah pula, jangan 'enjoy' je, ingatlah STPM pasti tiba...

Akhir kata, selamat bercuti....

0 comments:

Post a Comment

Pautan

Facebook